Membuat Poster Kemerdekaan Menggunakan Postermywall

8 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Ogos 2022 yang lepas, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas bimbingan untuk membuat poster kemerdekaan menggunakan postermywall kepada para peserta tahap 2 SK Batang Maro. Seramai 7 orang peserta telah mengikuti kelas tersebut. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah bagi memberi bimbingan dan pendedahan kepada peserta cilik untuk membuat poster yang mudah dengan bertemakan Hari Kemerdekaan. Postermywall adalah satu lamanweb untuk pengguna mencipta bahan-bahan grafik seperti poster, banner, logo dan lain-lain lagi. Kelebihan kelas ini juga adalah para peserta dapat belajar menaip dan meningkatkan kreatiti mereka dalam mencipta sesuatu yang menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali