Mindmap Online dan Advokasi Klik Dengan Bijak

8 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Ogos 2022 yang lepas, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas membuat peta minda secara atas talian dan sedikit perkongsian mengenai kempen klik dengan bijak. Kelas ini telah dihadiri oleh 7 orang peserta sekolah rendah. Objektif utama kelas adalah untuk membantu peserta mengulangkaji pelajaran dengan lebih menarik iaitu membuat peta minda secara atas talian. Secara tidak langsung, peserta lebih tertarik dan minat dengan nota yang telah mereka buat sendiri. Peta minda online ini menggunakan lamanweb Mindmup 2. Melalui kelas ini para peserta dapat menyusun isi-isi topik dengan lebih tersusun dan mudah diingati. Selain itu, pengajar turut memberi pendedahan mengenai klik dengan bijak iaitu mengenai ancaman dan langkah-langkah keselamatan ketika berada di atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali