Program Sesi Ramah Mesra Rakan Digital dan Usahawan PEDi Batang Maro

9 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Ogos 2022, PEDi Batang Maro telah mengadakan Program Sesi Ramah Mesra Rakan Digital dan Usahawan PEDi Batang Maro. Seramai 16 orang usahawan telah menghadiri program ini. Program ini bertujuan bagi memperkenalkan rakan digital kepada para usahawan. Selain itu, program ini diadakan untuk membincangkan hala tuju perniagaan usahawan-usahawan kecil Kampung Batang Maro. Usahawan yang menghadiri juga sangat memberi kerjasama dan sokongan yang padu dengan berkongsi mengenai produk-produk yang mereka hasilkan dan ingin berkembang lebih maju dengan adanya rakan digital dan staff PEDi membantu. Di akhir program, peserta program turut diberi perkongsian mengenai klik dengan bijak iaitu modul-modul untuk pengawasan anak-anak dan juga menjadi pengguna internet yang bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali