Program Ceramah Keselamatan Di Atas Talian Ancaman dan Risiko Klik Dengan Bijak (KDB)

4 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Oktober 2022, pihak PEDi Batang Maro telah dijemput untuk memberi ceramah atau perkongsian mengenai Keselamatan Di Atas Talian Ancaman dan Risiko Klik Dengan Bijak (KDB). Sasaran kumpulan yang menerima perkongsian ini adalah pelajar SK Batang Maro dari Tahun 1 – Tahun 6. Selain itu, kumpulan sasaran juga adalah warga pendidik SK Batang Maro termasuk guru-guru KAFA. Jumlah keseluruhan peserta adalah 75 orang. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang ancaman-ancaman serta risiko-risiko ketika berada di atas talian (online). Program ini juga bermatlamatkan untuk memberi maklumat kepada para peserta tentang aspek keselamatan serta tanggungjawab mereka ketika melayari internet. Budaya Klik Dengan Bijak harus diterapkan pada setiap individu agar kita dapat mencipta satu jaringan golongan orang yang sentiasa berkongsi kandungan-kandungan bermanfaat kepada orang lain. Semoga dengan kolaborasi bersama SK Batang Maro ini dapat memberi kesedaran dan memupuk nilai tanggungjawab, waspada, dan selamat dalam kalangan para pelajar dan warga pendidik SK Batang Maro.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali