Microsoft Powerpoint dan Advokasi
17 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 16 Julai 2022 yang lalu, petugas PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint dan Advokasi kepada beberapa orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini merupakan kelas berterusan agar para peserta dapat meningkatkan kemahiran penggunaan Microsoft Powerpoint untuk membuat slide. Tujuan utama kelas pada 16 Julai ini adalah untuk mendedahkan peserta dengan kegunaan Microsoft Powerpoint sebagai medium untuk membuat nota pembelajaran menjadi lebih interaktif dan menarik untuk ulangkaji. Peserta diberikan nota ringkas sebagai rujukan untuk ditaip di Microsoft Powerpoint. Topik ulangkaji pada kelas ini adalah Organ Penafasan Haiwan. Selain itu, para peserta diberi sedikit perkongsian mengenai modul klik dengan bijak seperti risiko ancaman atas talian, buli siber, scam, maklumat palsu dan lain-lain lagi. Peserta turut melihat tayangan video contoh-contoh kesan daripada ancaman internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: