Asas ICT (Microsoft Word)

23 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2022, petugas Pusat Ekonomi Digital Keluarga Batang Maro telah mengadakan kelas Asas ICT (Microsoft Word) kepada para pelajar Sekolah Rendah Tahap 2. Kelas ini telah disertai oleh 5 orang peserta iaitu 4 orang perempuan dan 1 orang lelaki. Objektif utama kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta dengan komponen-komponen komputer dan membimbing peserta menggunakan perisian Microsoft Word. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari kemahiran menaip menggunakan papan kekunci. Para peserta sangat tekun dan seronok mempelajari ilmu-ilmu asas Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali