Asas Keusahawanan Modul Microsoft Word

21 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 September 2022 yang lepas, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas asas keusahawanan modul Microsoft Word kepada 1 orang usahawan wanita iaitu Puan Haslina binti Andan. Objektif utama kelas ini adalah bagi melatih usahawan menggunakan perisian Microsoft Word untuk membuat surat rasmi permohonan dana dan senarai nama pembeli atau sebagainya. Melalui kelas ini juga usahawan boleh belajar menaip dan memahirkan jari-jari beliau dengan papan kekunci.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali