Microsoft Powerpoint

14 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Jun 2022 yang lalu, petugas Pusat Ekonomi Digital Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint kepada 2 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini merupakan kelas berterusan agar para peserta dapat meningkatkan kemahiran penggunaan Microsoft Powerpoint untuk membuat slide. Tujuan utama kelas pada 13 Jun 2022 ialah untuk memberi latihan menaip kepada peserta dan memberi bimbingan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Pembelajaran yang telah diberikan kepada peserta adalah asas-asas seperti menukar template design, menukar font, membuat kesan transition dan animations, dan belajar memasukkan smart art dan gambar ke dalam slide. Selain itu, peserta juga dapat membuat ulangkaji pelajaran menerusi kelas ini kerana topik slide yang ditugaskan adalah mengenai sains yang dipelajari di sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali