Membuat Resume Menggunakan Canva

15 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Jun 2022 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas membuat resume menggunakan Canva. Kelas ini adalah dibawah permintaan peserta kerana beliau ingin menghadiri sesi temuduga. Objektif utama kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai grafik-grafik yang dapat dibuat dengan menggunakan applikasi Canva. Canva merupakan sebuah laman web percuma yang menawarkan pengguna untuk membuat grafik dengan menggunakan template sedia ada. Peserta dibimbing untuk menukar template sedia ada dan menjadikan resume yang dibuat menjadi menarik. Kelas sebegini sering menjadi permintaan belia-belia yang ingin memohon pekerjaan dan menghadiri temuduga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali