Creating Survey Using Google Form and KDB

21 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Jun 2022, PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas membuat borang soal selidik menggunakan Google Form dan KDB kepada 2 orang peserta Kolej Tingkatan 6 Saratok. Kelas ini bertujuan bagi membantu para peserta membuat soal selidik bagi kerja kursus mereka di kolej. Kaedah mudah untuk mendapatkan data pastinya melalui soal selidik. Soal selidik secara online lebih tepat dan mudah dianalisa berbanding dengan menggunakan borang (kertas). Di dalam kelas ini, objektif utama adalah membuat soal selidik menggunakan Google Form. Para peserta diajar membuat borang soal selidik menggunakan blank template. Peserta diajar memasukkan gambar header berdasarkan topik soal selidik yang akan dibuat. Selain itu, peserta dan petugas turut membincangkan soalan-soalan yang sering ditanya melalui soal selidik. Di akhir kelas, peserta turut diberi perkongsian mengenai kempen klik dengan bijak yang telah dianjurkan oleh SKMM. Menerusi kempen ini, para peserta dapat mengetahui ancaman-ancaman yang berada di atas talian dan cara-cara menjadi seorang pengguna internet yang bijak dan sentiasa berwaspada dengan isi kandungan yang palsu dan tidak sahih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali