Basic Entrepreneur Designing Logo Using Canva and Costing for Business

13 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Disember yang lepas, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas kepada usahawan-usahawan PEDi Batang Maro. Kelas ini adalah kelas membina logo menggunakan platform Canva. Seramai 4 orang usahawan wanita telah menghadiri kelas tersebut. Objektif utama kelas ini adalah untuk memberi bimbingan dan pendedahan kepada para peserta untuk menggunakan platform Canva dalam membuat bahan grafik seperti logo, facebook post, instagram post, poster, kad bisnes, menu board dan lain-lain lagi. Melalui Canva, peserta dengan mudah dapat menghasilkan bahan grafik kerana Canva telah menyediakan template percuma untuk disunting. Hasil daripada kelas ini, para peserta dapat menghasilkan logo atas kreativiti mereka sendiri.

Selain itu, Rakan Digital PEDi Batang Maro telah memberi perkongsian mengenai modul Costing for Business kepada usahawan-usahawan yang datang. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat digunapakai dalam rutin perniagaan mereka dan diharap kelas sebegini lebih mendapat sokongan komuniti setempat pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali