Membuat Poster Online Menggunakan Canva
27 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 26 November 2022 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas membuat poster online dengan menggunakan canva. Kelas ini telah di hadiri oleh tiga orang murid Tahun 6. Objetif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan yang lebih efektik untuk membuat poster secara online.
Selain itu, peserta turut diberi bimbingan dengan memilih template dan tajuk yang sesuai supaya poster yang dihasilkan lebih menarik dan padat. Melalui latihan tersebut mereka dapat mengenalpasti cara memilih template yang bersesuaian, jenis font dan warna font yang menarik seterusnya dapat memilih design-design yang sesuai untuk menambah keharmonian dalam poster yang dihasilkan. Dengan adanya latihan tersebut dapat meningkatkan daya kreativiti peserta dalam membina poster untuk sebarang program yang akan diadakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: