Membuat Slide Menggunakan Microsoft Powerpoint

28 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 November 2022 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas membina slide dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Kelas ini telah di hadiri oleh lima orang murid Tahun 6. Objetif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan perisian persembahan.

Selain itu, peserta turut diberi bimbingan dengan memilih warna template ataupun design template untuk menambah kreativiti dan keharmonian sesebuah slide yang dihasilkan. Melalui latihan tersebut mereka dapat mengenalpasti font ataupun warna font yang sesuai untuk menarik minat audiens. Di samping itu, peserta dapat menambaik kemahiran merekabentuk slide yang berkualiti. Dengan adanya latihan tersebut dapat meningkatkan lagi daya kreativiti peserta untuk menghasilkan slide yang kreatif dan inovatif serta mudah difahami para audiens.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali