Scratch 2.0 dan Advokasi KDB
22 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mei 2022, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas membuat animasi menggunakan Scratch 2.0 dan perkongsian mengenai advokasi Klik Dengan Bijak. Kelas ini telah dihadiri oleh seorang pelajar tahun 4 yang berminat untuk menimba ilmu membuat animasi yang mudah menggunakan perisian Scratch 2.0. Petugas telah membantu dan membimbing peserta untuk mengenal ikon-ikon yang terdapat di antaramuka Scratch 2.0 seperti sprite, pentas, blok skrip dan lain-lain lagi. Antara pembelajaran peserta pula ialah membuat animasi mudah kucing bergerak, menari, berdialog dan bertukar warna. Selepas pembelajaran pula, peserta diberi perkongsian mengenai ancaman-ancaman ketika berada di dalam talian dan cara-cara mengatasinya. Diharapkan pada masa akan datang lebih ramai lagi pelajar-pelajar yang akan mengikuti kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: