Membuat Kad Perniagaan Menggunakan Canva dan Advokasi KDB
24 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 Mei 2022 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas asas keusahawanan iaitu Membuat Kad Perniagaan Menggunakan Canva dan Advokasi KDB. Objektif utama kelas ini adalah untuk membimbing usahawan kecil membuat design kad perniagaan mereka sendiri. Selain itu, usahawan juga telah didedahkan dengan kegunaan-kegunaan lain canva selain membuat kad perniagaan. Kelas ini telah diikuti oleh seorang belia yang sangat berminat untuk memulakan bisnesnya sendiri. Di akhir kelas pula, peserta diberikan perkongsian mengenai topik-topik advokasi klik dengan bijak anjuran SKMM. Semoga peserta ini terus maju jaya di masa yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: