Latihan Asas Usahawan Microsoft Word

30 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Ogos 2022 yang lepas, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas bimbingan usahawan iaitu kelas asas penggunaan Microsoft Word. Kelas ini telah dihadiri oleh 2 orang usahawan perempuan. Objektif utama kelas ini adalah untuk memberi bimbingan dan pendedahan kepada para peserta untuk menggunakan perisian Microsoft Word membuat surat permohonan peruntukan peralatan perniagaan ataupun membuat kertas kerja. Melalui kelas ini, para peserta telah belajar asas-asas seperti menukar jenis tulisan, menukarkan tulisan ke bold, italic, underline, memasukkan garisan dalam surat rasmi, menukar saiz tulisan dan lain-lain lagi. Selain itu, mereka juga turut mempelajari kegunaan yang ada di papan kekunci seperti caps lock, enter, space, shift dan control. Diharapkan kelas sebegini terus diberi sokongan dan dapat memberi kemahiran digital kepada usahawan-usahawan kampung ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali