Google Images dan Microsoft Powerpoint

4 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 3 September 2022 yang lalu, PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas Google Image dan Microsoft Powerpoint kepada peserta sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan kepada peserta mengenali google image, cara mencari gambar atas talian dan menyimpan ke desktop komputer. Selain itu, para peserta turut diberi bimbingan membuat smartart menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Seramai 6 orang peserta telah mengikuti kelas ini dan mereka telah diberi tugasan untuk mencari 10 gambar binatang yang mereka sukai dan 10 benda yang sukai dengan menggunakan Google Image. Setelah itu, mereka ditugaskan untuk memasukkan gambar tersebut di dalam slide Microsoft Powerpoint.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali