Asas Microsoft Excel dan Advokasi
16 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2022, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas Asas Microsoft Excel dan Advokasi kepada beberapa orang peserta sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk membimbing peserta mengenal perisian Microsoft Excel dan mahir dalam menggunakan perisian tersebut. Peserta diajar untuk membuat kalendar tahunan iaitu dengan mempelajari cara membuat border, memasukkan text, merge and center cell, mengubah row height dan banyak lagi. Selain itu, para peserta turut diberi sedikit penerangan mengenai program Advokasi Klik Dengan Bijak dan tayangan video advokasi tersebut agar mereka menggunakan internet dengan bijak dan menjadi seorang pengguna internet yang bertanggungjawab dengan setiap kandungan yang ingin disebarkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: