Microsoft Word & Advokasi Klik Dengan Bijak

5 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Disember 2022 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas asas Microsoft word dan sedikit perkongsian mengenai kempen-kempen klik dengan bijak. Kelas ini telah di hadiri oleh lima orang murid Tahun 5 dan 6. Objetif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk menerapkan proses penyuntingan yang mudah, pantas dan efektif.

Selain itu, peserta turut diberi bimbingan menggunakan google image untuk mencari gambar dan cara untuk mengaplikasikan gambar ke dalam Microsoft word. Melalui latihan tersebut mereka dapat mengetahui cara menyimpan gambar dan memasukkan gambar ke dalam lampiran yang sedia ada. Di samping itu, peserta dapat menambaik cara menghasilkan visual efek ke teks. Dengan adanya latihan tersebut dapat meningkatkan lagi keupayaan dalam menyunting gambar dan teks yang kemas dan teratur.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali