Latihan Asas Microsoft Powerpoint, Tayangan Advokasi KDB dan Kuiz Kahoot

8 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Januari 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas latihan asas Microsoft Powerpoint dan tayangan advokasi KDB serta Kuiz Kahoot. Kelas ini telah di hadiri oleh empat orang murid Tahun 4 dan seorang murid Tingkatan 1. Objetif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk memantapkan lagi kreativiti dalam membuat slide. Selain itu, peserta turut diberi bimbingan dengan memilih designs template, jenis font, warna font serta designs setiap page dan cara untuk memasukkan gambar ke dalam slide.

Melalui latihan tersebut mereka dapat mengenalpasti font, warna font serta designs gambar atau template yang sesuai untuk menarik minat audiens. Di samping itu, peserta dapat menambaik kemahiran dalam membina slide yang kreatif dan mudah difahami. Dengan adanya latihan tersebut dapat meningkatkan lagi daya kreativiti peserta untuk menghasilkan slide yang kreatif dan inovatif serta ringkas dan padat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali