E-Learning: Quizizz Mathematics

17 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas menggunakan platform dari google iaitu Quizizz Mathematics. Kelas tersebut dihadiri oleh dua orang pelajar SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam menjawab soalan secara online. Seterusnya, pelajar berasa sangat teruja dan bersemangat untuk menjawab soalan kuiz atas talian tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana aplikasi Quizizz mempunyai muzik ketika soalan dipaparkan dan juga tulisannya yang berwarna warni menjadikan ia lebih menarik dan menyeronokkan. Ketika permainan kuiz atas talian ini berlangsung, suasana kelas menjadi sangat ceria dan tidak membosankan apabila pelajar dapat menjawab dengan betul. Senarai markah untuk semua pelajar juga turut dipaparkan di “leaderboard ” selepas permainan Quizizz tamat. Dengan adanya markah semua pelajar di 'leaderboard', kami dapat melihat prestasi dan tahap pemahaman pelajar terhadap Latihan Mathematics yang diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali