Sesi Ulangkaji Sejarah Tahap 2 Sekolah Rendah (Membuat Nota Menggunakan Microsoft Word), Tayangan Advokasi dan Kuiz Sejarah

16 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Januari 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas ulangkaji subjek sejarah tahap 2 sekolah rendah menggunakan Microsoft word serta tayangan advokasi dan kuiz sejarah. Kelas ini telah di hadiri oleh 8 orang murid tahap 2 Sk Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar dengan membuat nota menggunakan Microsoft word. Selain itu, peserta turut diberi bimbingan dengan memilih template ataupun peta minda yang sesuai.

Melalui latihan tersebut mereka dapat mempelajari dan memahami subjek tersebut dengan lebih mudah. Di samping itu, peserta dapat meningkatkan kemahiran teknologi yang interaktif dan mudah. Dengan adanya sesi ulangkaji dan kuiz tersebut mereka lebih memahami dengan mudah dan berjaya menjawab kesemua soalan yang telah dipelajari melalui nota yang dibuat menggunakan Microsoft word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali