Microsoft Word

18 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17 November 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft Word. Kelas tersebut dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro tahap 1. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam menggunakan basic Microsoft word. Mereka adalah peserta baharu yang baru pertama kali belajar untuk menggunakan komputer. Selain itu, mereka dikehendeki mengeja perkataan dalam Bahasa Melayu dan menaip secara online di dalam Microsoft Word. Seterusnya, mereka juga diberitahu untuk mengenali peranti-peranti komputer. Disamping itu juga, para peserta memahami dengan mudah dalam mempelajari sesuatu yang baharu. Oleh itu, mereka dapat mengenal serba sedikit basic komputer dan Microsoft word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali