STEM: Balloon Car
18 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniPada 17 November 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu membuat Balloon Car. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta. Hal ini demikian kerana, stem melibatkan aktiviti yang memerlukan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan sesuatu. Mereka dikehendaki untuk membuat kereta yang bergerakbalas terhadap belon. Setiap pelajar yang berjaya menggerakkan kereta belon, maka mereka berjaya menghasilkan belon car yang diperbuat daripada botol. Oleh itu, kelebihan stem ini juga memberi impak yang sangat besar dalam kalangan peserta untuk meningkatkan produktiviti dan kemampuan mereka. Selain itu juga, aktiviti yang melibatkan stem dapat memperluaskan lagi skop Pendidikan dan penyelidikan. Oleh itu, peserta yang mengikuti kelas stem ini dapat menghasilkan atau berjaya menggerakkan kereta belon dengan sempurna dan menarik. Saya berharap agar lebih ramai lagi peserta yang mengikuti kelas seperti berikut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: