STEM: Lungs Working Model
18 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniPada 17 November 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu membuat Lungs Working Model. Kelas tersebut dihadiri oleh 3 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran para peserta. Stem merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Hal ini demikian kerana, stem dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kemampuan peserta untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu, mereka dikehendaki untuk membuat model kerja paru-paru. Mereka diberi bimbingan untuk membuat paru-paru dengan menggunakan bahan yang telah disediakan iaitu belon, straw, botol dan lain-lain. Dengan adanya tunjuk ajar dari youtube dan bimbingan dari kami mereka dapat menghasilkan paru-paru yang cantik dan bergerak dengan normal apabila ditarik seperti bernafas. Oleh itu, stem sangat memberi impak yang berkesan untuk para peserta terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: