Microsoft Word (Membuat Surat Rasmi)
16 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas Microsoft Word iatu membuat surat rasmi. Kelas ini telah di hadiri oleh 7 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut adalah untuk memudahkan para peserta membuat surat rasmi tidak hadir ke sekolah.
Hal ini demikian kerana surat rasmi sangat penting untuk membentuk pelajar yang bertanggungjawab dan teliti. Selain itu, mereka dapat mempelajari sesuatu ilmu yang baharu. Dengan itu mereka dapat mempraktikkan bahawa pentingnya surat rasmi untuk menghubungkan mereka kepada pihak-pihak tertentu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: