Microsoft Powerpoint, Kahoot Quiz & Tayangan KDB

18 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mac 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas Microsoft Powerpoint, kahoot kuiz dan tayangan klik dengan bijak. Kelas ini telah di hadiri oleh 7 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut adalah untuk membentuk pelajar yang mempunyai jati diri yang tinggi serta mempunyai keyakinan diri. Para peserta di beri latihan untuk membuat slide peribahasa menggunakan powerpoint.

Mereka memilih template, jenis font dan warna yang bersesuaian serta jelas untuk memastikan slide yang dibuat menarik di depan audiens. Selain itu juga, pengisian kelas dengan menjawab kuiz kahoot yang berkaitan dengan tajuk slide mereka. Hal ini demikian supaya mereka dapat mempraktikkan subjek yang telah dipelajari. Akhir sekali, pengisian dengan membuat tayangan klik dengan bijak. Pengisian tersebut dapat memberi pengajaran dan iktibar terhadap diri mereka supaya lebih berhati-hati dengan penipuan atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali