E-Learning: Sejarah Tingkatan 1
19 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniPada 18 Disember 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas e-learning iaitu subjek Sejarah Tingkatan 1. Kelas tersebut dihadiri oleh 6 orang murid Tingkatan 1. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dalam ilmu sejarah. Selain itu juga, subjek Sejarah merupakan salah satu subjek teras yang harus lulus dalam peperiksaan. Seterusnya, kepentingan dalam mempelajari subjek Sejarah adalah untuk memupuk semangat patriotik dalam diri masing-masing. Disamping itu dapat menyemai perpaduan kaum dan menghargai budaya serta warisan negara.
Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat sekarang tidak lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang berusaha untuk membebaskan negara kita daripada dijajah. Konklusinya, pelbagai kepentingan yang tersurat dan tersirat apabila generasi muda sekarang mempelajari sejarah. Oleh itu, setiap diantara kita memainkan peranan penting dalam memupuk minat untuk mempelajari sejarah demi negara kita.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: