Latihan Menaip Slot 2

19 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Februari 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas Latihan Menaip untuk slot 2. Kelas ini telah di hadiri oleh 7 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah supaya para peserta dapat meningkatkan kepantasan menaip. Seterusnya, kepentingan latihan menaip terhadap para peserta dapat melahirkan generasi yang progresif.

Bukan itu sahaja, malah latihan menaip dapat membantu merangsang kreativiti dan kemahiran dalam kalangan peserta. Selain itu, pihak kami telah mengadakan pertandingan menaip diantara mereka. Menaip dapat membantu seseorang lebih profesional dalam melakukan sesuatu tugas. Dengan adanya kelas latihan menaip mereka dapat mempelajari rahsia menaip yang membantu mereka untuk menjadi lebih produktif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali