Asas Microsoft Excel
20 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 19 Februari 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft Excel. Kelas ini telah di hadiri oleh 7 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk memberi penguasaan dalam menganalisis data, jadual, pembuatan grafik dan sebagainya. Seterusnya, para peserta diberi bimbingan untuk membuat jadual berdasarkan setiap bulan Januari hingga Disember. Mereka juga memilih warna font, jenis font yang sesuai dan jelas.
Pengetahuan dalam asas Microsoft excel memberi manfaat yang banyak untuk memudahkan sesuatu pekerjaan dan pelajaran seseorang terutama dalam mengelola, membuat dan menganalisis data dengan cepat dan efisien. Dengan adanya kelas tersebut, para peserta dapat menambah lebih banyak ilmu pegetahuan dan manfaat dengan menggunakan Microsoft excel.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: