Stem : Origami Bird Stem

26 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 25 November 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas stem iaitu membuat origami bird. Kelas tersebut dihadiri oleh 3 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran atau kreativiti dalam membuat origami. Hal ini dikatakan demikian kerana, aktiviti membuat origami dapat merangsangkan lagi pemikiran dengan mengikut cara-cara yang betul di dalam youtube.

Mereka juga diberi bimbingan untuk melipat kertas dengan berhati-hati supaya origami yang dihasilkan menjadi lebih kemas dan menarik. Oleh itu, origami juga merupakan salah satu aktiviti yang sangat menyeronokkan dan lebih mencabar minda mereka. Dengan adanya aktiviti seperti berikut, mereka dapat menghasilkan origami dengan kemas dan cantik sebagaimana yang tertera didalam youtube.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali