Scratch 2.0, Taklimat KDB dan Kuiz Kahoot
22 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 21 Januari 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas Scratch 2.0, taklimat klik dengan bijak dan kuiz kahoot . Kelas ini telah di hadiri oleh 10 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk mempelajari asas Scratch 2.0 dan belajar membuat animasi yang mudah. Selain itu, para peserta turut membuat game menangkap witch yang terbang menggunakan aplikasi Scratch 2.0. Di samping itu, peserta diberi sedikit perisian tentang modul klik dengan bijak seperti buli siber, maklumat palsu dan oversharing. Perisian tersebut dapat mengukuhkan lagi pengetahuan mereka tentang kempen klik dengan bijak.
Seterusnya kuiz kahoot yang diadakan mempunyai pelbagai topik antaranya ialah kuiz klik dengan bijak, sejarah dan matapelajaran Bahasa Inggeris. Dengan adanya kelas tersebut, para peserta dapat membuat animasi dengan mudah dan dapat menambah ilmu pengetahuan yang lebih luas mengenai taklimat klik dengan bijak serta kuiz kahoot yang dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: