Softskills Kemahiran DIY

3 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Disember 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas softskills iaitu kemahiran DIY. Kelas tersebut dihadiri oleh seorang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti murid. Hal ini adalah kerana, murid tersebut ingin membuat pakaian dari barang terpakai dan barang diy untuk pertandingan fesyen di sekolah.

Dengan adanya tunjuk ajar dari pihak kami, pelajar tersebut dapat membuat topi yang diperbuat daripada kotak dan surat khabar. Oleh itu, dia dapat menghasilkan kerja dengan lebih kemas dan cantik. Saya berharap agar lebih ramai pelajar mahupun komuniti yang memerlukan khidmat PEDi Batang Maro dengan sebaik mungkin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali