Softskills Mural Painting

3 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Disember 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas softskills iaitu Mural Painting. Kelas tersebut bertujuan untuk meningkatkan kreativiti dan minat para belia dalam bidang kesenian. Selain itu, mural penting kerana dapat menginspirasikan ruang dinding rumah mahupun tempat kerja.

Seterusnya, lukisan mural yang dilukis pada dinding dapat memeriahkan dan mencantikkan lagi suasana tempat kerja mahupun yang dilukis dirumah. Oleh itu, pentingnya mempunyai kemahiran dalam bidang kesenian kerana kita dapat menginspirasikan rumah idaman supaya Nampak lebih tenang dan cantik. Dua orang belia yang melukis atau mewarna mural pada luar dinding bangunan PEDi ini dapat menghasilkan lukisan yang cantik dan harmoni.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali