Latihan Asas Microsoft Word dan Kuiz Kahoot

5 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Februari 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas Latihan asas Microsoft Word dan kuiz kahoot. Kelas ini telah di hadiri oleh 9 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk memastikan semua peserta mahir dalam menaip menggunakan Microsoft Word. Selain itu, para peserta turut diberi bimbingan untuk memilih designs atau template yang sesuai untuk membuat jadual. Di samping itu, peserta dibimbing untuk memilih warna font dan tulisan yang jelas dan difahami.

Seterusnya kuiz kahoot diadakan bertujuan untuk memastikan para peserta faham dan ingat tentang apa yang telah dipelajari. Dengan adanya kelas dan kuiz kahoot tersebut, para peserta dapat membuat jadual dengan kemas serta dapat menjawab kesemua kuiz yang diadakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali