Latihan Asas Microsoft Powerpoint, Tayangan Advokasi KDB dan Kuiz Kahoot

6 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Februari 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas Latihan asas Microsoft Powerpoint, tayangan advokasi KBD dan kuiz kahoot. Kelas ini telah di hadiri oleh 10 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk memantapkan lagi kreativiti mereka dengan menggunakan Microsoft powerpoint. Selain itu, para peserta diberi bimbingan supaya mereka memilih template yang bersesuaian untuk dijadikan jadual. Hal ini dikatakan demikian supaya jadual yang akan dihasilkan dapat menarik minat audiens dan mudah difahami. Seterusnya perisian dengan tayangan advokasi KDB dapat mendedahkan lagi mereka agar berhati-hati menggunakan media sosial.

Disamping itu para peserta menjawab kuiz kahoot dengan mudah dan tepat. Dengan adanya kelas dan kuiz kahoot tersebut, para peserta dapat menambah lebih banyak ilmu pengetahuan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali