Bimbingan Pengisian Pendaftaran ABO/APC (Usahawan Amway)

13 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan bimbingan untuk pengisian pendaftaran ABO/APC oleh seorang usahawan Amway. Usahawan tersebut diberi bimbingan dengan menggunakan komputer untuk mendaftar ABO/APC. Bimbingan itu juga dapat memberi manfaat kepada usahawan bahawa umur bukanlah satu penghalang untuk menjadi usahawan yang celik IT.

Dengan adanya bimbingan menggunakan komputer, usahawan tersebut dapat menguruskan atau membuat kerja dengan lebih selesa dan cepat. Oleh itu, pihak PEDi berharap supaya lebih ramai lagi usahawan-usahawan di kampung ini menggunakan khidmat PEDi Batang Maro dengan sewajarnya dan sebaiknya. Ini penting untuk kemajuan atau kejayaan mereka dalam perniagaan masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali