STEM: Making A Balloon Car

22 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Oktober 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas stem iaitu Making A Balloon Car. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang murid Sk Batang Maro. Objektif utama kelas tersebtu diadakan adalah untuk membantu melahirkan tenaga kerja yang mahir. Hal ini adalah kerana, stem dapat membantu peserta untuk memudahkan cara pembelajaran dengan lebih memahami sesuatu subjek yang dipelajari. Stem juga dapat membentuk peserta supaya lebih kreatif dan inovatif.

Dengan adanya aktiviti stem, peserta dapat mempelajari sesuatu yang baharu dan cara baru untuk lebih memahami sesuatu pelajaran atau subjek. Saya berharap agar lebih ramai peserta untuk menyertai kelas seperti berikut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali