Basic Scratch 2.0
19 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 18 November 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas Basic Scratch 2.0. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam membuat animasi. Salah satu kebaikan dalam penggunaan scratch ialah peserta boleh mencipta animasi dan permainan dengan baik.
Peserta yang mempelajari Scratch akan mempunyai lebih banyak pengetahuan dalam bidang matematik tertentu. Selain itu, mereka dapat menyelesaikan masalah dengan lebih efektif dan sistematik. Dengan ini, daya pemikiran yang kreatif dan inovatif akan dapat dipupuk dalam diri generasi muda sejak kecil lagi. Saya berharap agar lebih ramai lagi peserta yang dapat mengikuti kelas seperti berikut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: