Canva : Presentation

6 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Ogos 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas menggunakan canva. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 8 orang orang murid tingkatan 1 dan tahun 6. Objektif utama kelas tersebut adalah untuk menarik minat pelajar supaya lebih kreatif, inovatif serta professional dalam membuat presentation menggunakan canva. Selain itu juga, canva memberi banyak faedah antaranya ialah dapat memilih template yang sesuai dan tersedia.

Seterusnya dapat memudahkan mereka untuk membuat presentation di sekolah hanya menggunakan canva. Bukan itu sahaja, malah mereka menjimatkan masa untuk membuat sesuatu presentation. Disamping itu pengisian dengan tayangan klik dengan bijak. Hal ini supaya pelajar lebih berhati-hati ketika menggunakan media social bagi mengelakkan perkara yang negative berlaku.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali