Canva : Organization Chart

6 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 5 November 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas menggunakan canva iaitu membuat Organization Chart. Kelas tersebut telah dihaditi oleh 3 orang murid Tingkatan 1. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam membuat carta organisasi. Selain itu, peserta diberi bimbingan untuk mencari atau memilih template yang sesuai untuk membuat carta.

Seterusnya, mereka dikehendaki memilih warna dan jenis font yang bersesuaian. Dengan itu, mereka dapat menghasilkan carta organisasi dengan lebih menarik dan cantik. Kelas tersebut begitu penting kerana dapat memberi kemahiran kepada peserta untuk menghasilkan sesuatu kerja seperti poster, kad jemputan dan sebagainya. Oleh itu, saya berharap dengan adanya kelas seperti berikut, para peserta dapat menimba ilmu yang baharu dan menguasainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali