STEM Activity (Flying Butterfly)

7 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Ogos 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan aktiviti stem iaitu membuat flying butterfly. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang murid tahun 5. Objektif utama aktiviti tersebut diadakan adalah untuk membentuk pelajar yang kreatif, inovatif dan profesional. Stem tersebut hanya menggunakan beberapa bahan seperti kertas, gunting, pensil, marker, straw dan pembaris.

Mereka disuruh untuk melukis rama-rama mengikut citarasa sendiri. Selain itu, mereka akan menggunting dan melakukan step yang seterusnya. Para peserta sangat seronok membuat flying butterfly dengan membuat dengan kemas dan cantik. Dengan itu, mereka dapat menghasilkan kertas rama-rama dan berjaya membuat kertas tersebut bergerak. Mereka sangat berpuas hati dengan hasil kerja mereka sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali