Softskills: Kemahiran Menggubah Hantaran

12 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Oktober 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas softskills iaitu Kemahiran Menggubah Hantaran. Objektif utama kelas tersebut adalah untuk mengasah bakat dan meningkatkan kemahiran peserta. Seterusnya, peserta ini mempunyai minat dalam bidang menggubah hantaran. Selain itu juga, peserta ini mempunyai impian untuk menjadi seorang wedding planner yang berjaya. Dengan adanya kelas seperti ini, peserta tersebut dapat menggilap lagi bakatnya. Pada sesi kelas ini, sebanyak 7 gubahan hantaran dapat disiapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali