Slot 1 : Bimbingan Geran Pemerkasaan Wanita Sarawak Tayangan KDB

12 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Ogos 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan bimbingan Geran Pemerkasaan Wanita Sarawak Slot 1. Slot pertama dihadiri oleh 8 orang usahawan Kampung Batang Maro. Pihak PEDi Batang Maro telah memberi bimbingan kepada semua golongan untuk mengisi borang Geran Pemerkasaan Wanita Sarawak secara online. Selain itu juga, mereka diberi tahu supaya melengkapkan setiap syarat-syarat untuk memohon.

Contohnya, salinan kad pengenalan, sebut harga, surat akuan pendapatan bagi yang tiada slip gaji , salinan buku akaun, lesen kedai bagi yang ada dan sebagainya. Semua salinan tersebut perlu disahkan oleh ketua kampung. Seterusnya pengisian dengan tayangan klik dengan bijak. Dengan itu mereka dapat mengetahui supaya lebih berhati-hati dengan scammer yang semakin berleluasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali