Slot 2 : Bimbingan Geran Pemerkasaan Wanita Sarawak Tayangan KDB

12 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Ogos 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas bimbingan Geran Pemerkasaan Wanita Sarawak Slot 2. Kelas bimbingan untuk slot 2 telah dihadiri oleh 6 orang usahawan dan bakal usahawan. Bimbingan untuk geran pemerkasaan wanita sarawak adalah untuk membimbing mereka supaya melengkapkan setiap syarat untuk memohon Geran Pemerkasaan Wanita Sarawak secara online.

Selain itu juga, mereka dikehendaki melengkapkan setiap salinan untuk kad pengenalan, surat akuan pendapatan bagi yang tiada slip gaji, buku akaun, lesen kedai jika ada dan sebut harga. Kesemua salinan perlulah disahkan oleh ketua kampung. Seterusnya, pengisian dengan tayangan klik dengan bijak. Dengan adanya tayangan tersebut mereka akan lebih berhat-hati dengan scammer yang semakin berleluasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali