Entrepreneur : Taklimat GoDigital Sarawak 2023

19 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah membimbing para usahawan yang layak untuk Taklimat GoDigital Sarawak 2023. BKSS 5.0 memperkenalkan program Go Digital Sarawak dengan matlamat utama untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) dengan Pendigitalan perniagaan mereka.

Selain itu, inisiatif GoDigital Sarawak adalah menyediakan geran kepada PKS yang terlibat dalam Keusahawanan Digital untuk membeli perkakasan dan perisian dengan nilai sehingga RM10,000.00. Oleh itu, saya berharap agar perniagaan mereka lebih maju dan meningkat dengan memanfaatkan perkakas yang telah diberikan kepada para usahawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali