E-Learning : Kahoot Quiz

19 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Jun 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kuiz dengan menggunakan Kahoot. Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang murid SK Batang Maro. Kahoot adalah salah satu aplikasi mudah untuk membuat kuiz. Permainan kuiz atas talian ini menjadi menarik dan tidak membosankan kerana pilihan jawapan bagi setiap soalan mempunyai pelbagai warna. Hal ini menjadikan kelas lebih ceria kerana semua pelajar teruja untuk menjawab soalan kuiz. Dengan adanya kuiz, pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang topik yang dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali