Peta Minda Sejarah Dan Tayangan KDB

11 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Jun 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas membuat peta minda sejarah dan tayangan klik dengan bijak. Kelas ini telah di hadiri oleh murid Tingkatan 1 dan Tahun 6. Objektif utama kelas tersebut diadakan dapat mengukuhkan ingatan tentang pelajaran yang dipelajari. Seterusnya, peta minda ini juga dapat menjimatkan masa seseorang. Hal ini demikian kerana, dengan membuat nota yang ringkas masa kita untuk mengulangkaji pelajaran yang lain lebih tersusun dan teratur.

Oleh itu, ianya dapat menjimatkan masa kita kerana peta minda yang dibuat hanya berfokus kepada kata kunci sahaja dan dapat memudahkan tugasan kita. Selain itu, penambahan kelas dengan menunjukkan tayangan klik dengan bijak. Hal itu dapat memberi pengajaran kepada peserta untuk lebih berhati-hati Ketika membalas sesuatu pesanan atau mesej dari orang yang tidak dikenali.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali