E-Learning: Mindmap Dan KDB
6 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 5 Ogos 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas e-Learning iaitu membuat peta minda online dan tayangan klik dengan bijak. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang murid tahun 5. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk membantu pelajar mengembangkan idea mind mapping dengan lebih professional.
Aplikasi tersebut dapat memudahkan pelajar untuk berkolabrasi secara kumpulan. Selain itu, mereka boleh memilih pelbagai bentuk, tulisan, warna untuk menjadikan peta minda tersebut lebih jelas dan mudah difahami. Disamping itu juga, kami menunjukkan tayangan klik dengan bijak tentang buli siber yang semakin berleluasa pada masyarakat masa kini. Oleh itu, mereka akan lebih berhati-hati semasa menggunakan media social.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: