STEM : Origami Crab
20 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 19 November 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu membuat origami crab. Kelas tersebut dihadiri oleh 2 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran ketelitian dan ketangkasan menyelesaikan masalah. Origami ialah permainan melipat kertas menjadi berbagai bentuk.
Oleh itu,terdapat banyak manfaat yang diperolehi antaranya ialah, melatih kemampuan peserta mengikuti intruksi dan urutan, melatih kesabaran dan ketekunan dalam diri peserta. Seterusnya, dapat meningkatkan kreativiti serta memperkuat kemapuan kognitif. Oleh itu, dengan adanya kelas seperti berikut mereka dapat menghasilkan origami crab dengan menarik dan bergaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: